My Persaraan

Friday, October 06, 2006

KATY marjon

Katy is...
a Senior Lecturer in International Education. In college she teaches on trainer and teacher development programmes as well as working in test development and editing. Overseas she has been involved in a variety of consultancies: for example the CBSE Curriculum Reform project in India, and the Examinations Reform Project in Jordan. She has spoken at international conferences in Brazil, Mexico and Poland and has trained teachers in Malaysia, Spain, Mexico, Kenya, Cape Verde, Jordan, Ethiopia and Austria. She is particularly interested in test writing and test writer development as well as teacher observation and supervision. Her publications are mainly in the field of teacher training, observation, mentoring and testing. She has a PhD in test writing.

Thursday, May 18, 2006

PENDIDIKAN BESTARI PEMANGKIN KEGEMILANGAN Oleh MARZITA ABDULLAH
HARI Guru disambut lapan hari lagi, dan tibalah masanya untuk menghargai jasa mereka melalui ucapan sistem pesanan ringkas (SMS) anjuran Kementerian Pelajaran. Anda cuma perlu taipkan kata `guru', jarak, dan tuliskan dedikasi anda. Kemudian hantarkan kepada 32020. Ucapan anda akan dipaparkan di A Kelas dan Tutor serta www.tutor.com.my. "Carilah guru anda dan ucapkan penghargaan serta terima kasih atas jasa mereka." - Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Hon Choon Kim.
Hari Guru pada 16 Mei ini sewajarnya menjadi suatu tarikh yang dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pengorbanan seorang guru. Menyedari hakikat ini Choon Kim menyeru masyarakat negara ini untuk menjadikan sambutan Hari Guru suatu yang bermakna kepada diri mereka dan kepada guru yang pernah mendidik dan menabur bakti kepada mereka.
Hubungi guru-guru lama kita, ucapkan penghargaan sama ada melalui kad ucapan, ucapan khidmat pesanan ringkas (SMS) atau pergilah berkunjung ke rumah mereka, tanyakan khabar mereka, katanya.
Beliau sendiri memulakan langkah tersebut dengan mengunjungi guru-guru lama yang pernah mengajarnya semasa di Sekolah Menengah Chan Wa, Seremban, Negeri Sembilan. Choon Kim dan rakan-rakannya berusaha mengumpulkan guru-guru lama yang telah tidak ditemuinya sejak 30 tahun lalu.
Baru-baru ini beliau dan rakan-rakan mengadakan satu majlis pertemuan semula guru lama mereka iaitu cikgu Murad yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, cikgu Lim yang mengajar mata pelajaran Bahasa Mandarin dan cikgu Loh yang mengajar mata pelajaran Sains. Pertemuan itu diadakan di sebuah restoran dengan dihadiri oleh guru-guru berkenaan dan rakan-rakan Choon Kim.
Kesemua guru berkenaan pernah mendidik Choon Kim dan rakan-rakannya sekitar tahun 60 an. "Bukan sahaja kami gembira malah guru-guru merasa terharu dengan usaha kami untuk menemui mereka," katanya.
Sepanjang pertemuan tersebut mereka banyak bercerita tentang kisah-kisah lampau terutama suasana dalam bilik darjah ketika guru-guru berkenaan mengajar. "Kita bercerita tentang pakaian guru ketika itu, cara mereka bercakap, semuanya dalam suasana gembira dan penuh ceria," katanya. Kata Choon Kim, tiada yang merugikan apabila masyarakat mencari semula guru-guru lama yang banyak berjasa kepada diri masing-masing.
"Pasti guru kita juga akan gembira melihat kejayaan pelajarnya apatah lagi jika pelajarnya berjaya dalam hidup masing-masing," katanya.

Kenangan Mengusik Jiwa




Kenangan Manis Kau Dan Aku Sukar Dilupa
-Jamal Abdillah

Teringat

Manis nya