Doa Akhir Tahun
Dibaca sebelum masuk waktu Maghrib
Dengan Nama Alah Yan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah mencucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad saw semulia-mulia nabi dan rasul serta ahli keluarga dan para sahabat sekelian.
Ya Allah, wahan Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya pada hal Engkau memang tiada melupakannya dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu, maka kami sekelian memohon keampunan Mu, Ya Allah, ampunilah kami.
Dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya, maka kami mohon perkenankan akan perbuatan yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan
harapan kami.
Amin-Amin YaRabbul 'Alamin......
Doa Awal Tahun
Dibaca selepas solat Maghrib....
Dengan Nama Alah Yan Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah mencucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad saw semulia-mulia nabi dan rasul serta ahli keluarga dan para sahabat sekelian
Ya Allah, Tuhan yang kekal selamanya, sedia ada, tiada permulaan.... Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat diharap-harapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon padaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang dilaknat, juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya, Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong membuat kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.