My Persaraan

Tuesday, May 01, 2007

Kaunter LHDN diserbu



PETUGAS LHDN menunjukkan peti untuk orang ramai memasukkan borang taksiran cukai pendapatan mereka di Kaunter LHDN Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 30 April – Kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta di sini ‘diserbu’ pembayar cukai yang mahu menunaikan tanggungjawab itu pada saat-saat akhir.Ini kerana, hari ini merupakan hari terakhir bagi orang ramai mengembalikan borang cukai pendapatan mereka.Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, orang ramai menyerbu kaunter tersebut seawal pukul 8 pagi. Walaupun terdapat kemudahan e-filing, orang ramai terus ‘berpusu-pusu’ bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.Difahamkan, kesukaran untuk mengakses sistem e-filing menyebabkan orang ramai terpaksa menyerbu kaunter-kaunter LHDN.Bilangan pengunjung semakin bertambah menjelang waktu tengah hari apabila pembayar cukai terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan persendirian memanfaatkan waktu rehat bagi menunaikan tanggungjawab tersebut.Kehadiran begitu ramai pembayar cukai turut menyebabkan jalan masuk ke kompleks kerajaan itu menjadi sesak.Ini kerana, kekurangan kawasan letak kereta memaksa orang ramai meletakkan kenderaan mereka di sepanjang bahu jalan. Begitu pun, kehadiran anggota polis trafik berjaya mengawal keadaan.Bagi memudahkan urusan pembayar cukai, pihak LHDN telah menyediakan kaunter-kaunter di Blok 8A dan 11. Ia termasuk kaunter-kaunter bagi perkhidmatan e-filing. Kesemua kaunter itu akan beroperasi sehingga pukul 10 malam.Dalam pada itu, beberapa pembayar cukai yang ditemui memberi pelbagai alasan kenapa menunaikan tanggungjawab itu pada saat-saat akhir.

1 comment:

Anonymous said...

bravo...