My Persaraan

Tuesday, March 25, 2008

Stop the tussle



Perkara yang mungkin tidak patut berlaku, kini sedang mendidih di Trengganu Kita. Apa sebenarnya yang sedang terjadi. Ahmad Said telah pun ditauliahkan untuk bertugas sebagai MB, sedangkan Idris Jusoh mengatakan dia menerima watikah perlantikan sebagai MB daripada YAB PM. Kita semua tahu YABPM tiada kuasa untuk melantik MB sesebuah negeri di dalam negara ini. Selama ini kuasa melantik yang diamalkan adalah turun temurun daripada PM kita yang lama, yang secara tidak sedar telah salah guna kuasa melantik MB untuk diperkenankan oleh DYMM Tuanku. Kini Tuanku-Tuanku mungkin dah sedar bahawa merekalah sebenarnya berkuasa memilih dari kalangan Yang Berhormat sebagai Menteri Besar.

Pada ketika ini, Penasihat undang-undang negara kita, juga dikenali sebagai Pendakwa Raya - the Attorney-General, (datuk gani)sedang cuba untuk bertemu dengan DYMM YDP Agong bagi menyampaikan maksud sebenar perlembagaan negeri itu berkaitan dengan perkara lantikan YAB MB. Tapi usahanya untuk berjumpa pun belum berjaya lagi... susah, dan susahlah nampaknya keadaan di T'ganu Kita...


Harap-harapnya bukan begitu. Kalau DYMM tak suka pada Idris, dan orang UMNO pula tak suka pada Mat Said, tukar saja orang lain yang berkenan di hati DYMM... susah sangat ke?

Sultan mungkin tak akan tukar orang lain, tetapi usaha yang tertentu boleh dibuat bagi mengambil jalan tengah yang bersesuaian dengan keinginan Sultan.. mesti ada punya jalan sebegini sebab Sultan pun tidak mahu negerinya kucar kacir...... Malu pada negeri-negeri lain yang tak biasa dengan peristiwa begini, kan?

No comments: