KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri warga Myanmar yang ‘menyimpan’ Muhamad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, selama 15 hari sebelum menyerahkan kepada ibu bapa kanak-kanak itu, amat sedih berikutan pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap mereka sepanjang tempoh tahanan reman sejak Isnin lalu.
Mohd Abdul Rahman Doli Rahman, 31, dan isterinya, Noorshida Nur Islam, 27, ditahan reman empat hari selepas didakwa mengurung kanak-kanak berkenaan sejak menemuinya 31 Mac lalu dan ketika ditahan, mereka mendakwa tidak tahu Yin dilaporkan hilang dan gerakan mencarinya dijalankan secara besar-besaran di seluruh negara.Mereka dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.Noorshida berkata, dia tidak pernah memaksa Yin mengemis di sekitar Lembah Klang seperti didakwa, malah tidak akan berbuat demikian kerana anak-anaknya turut tidak pernah disuruh mengemis.“Kami tidak pernah mengemis seperti didakwa, anak-anak pun saya tidak suruh mengemis atau meminta sedekah malah mereka kami hantar ke sekolah,” katanya pada sidang akhbar yang dipengerusikan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Datuk N Sivasubramaniam.Noorshida berkata, dia dan suami juga sangat sedih apabila status anaknya dipertikaikan walaupun lima kanak-kanak itu anak kandungnya.“Saya mempunyai bukti saya melahirkan mereka di HKL dan kami mempunyai kad pengenalan diri anak-anak kami yang dikeluarkan Suruhanjaya Tinggi Bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya.Pasangan warga Myanmar terbabit turut kesal kerana ada pihak menuduh mereka enggan memulangkan Yin semata-mata inginkan mendapatkan ganjaran wang.Sementara itu, Sivasubramaniam berharap orang ramai memberi tanggapan positif terhadap pasangan Myanmar terbabit kerana mereka belum disabitkan sebarang kesalahan.“Selama ini semua pihak memberi tanggapan negatif, kasihanilah mereka yang selama ini menjaga Yin dengan baik sehingga membelikan sepasang baju baru walaupun tidak berduit.“Pasangan terbabit dijangka berjumpa anak mereka esok (hari ini) yang kini ditempatkan di rumah kebajikan,” katanya.Terdahulu, Mohd Abdul Rahman dan Noorshida dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas tempoh tahanan reman mereka yang bermula Isnin lalu, tamat semalam.Pasangan terbabit dilihat keluar dari perkarangan IPD Dang Wangi dengan menaiki van kira-kira jam 3.40 petang bagi menghadiri sidang media di pejabat Suhakam.Peguam yang mewakili pasangan terbabit, Pritam Singh Doal, berkata mereka diikat jamin dengan dua penjamin iaitu seorang daripadanya warga tempatan dan seorang lagi bertaraf penduduk tetap.“Sepatutnya pasangan ini didakwa pagi tadi tetapi dibebaskan dengan ikat jamin polis.“Kedua-duanya dijamin penjamin masing-masing dan dibebaskan hasil perbincangan pegawai penyiasat dengan Timbalan Pendakwa Raya selama tiga jam,” katanya ketika dihubungi.Yin, hilang ketika mengikut ibu bapanya membeli-belah di Kompleks Sogo di sini, kira-kira jam 2 petang, 31 Mac lalu sebelum dia dijumpai wanita warga Myanmar yang mendakwa membawa kanak-kanak itu pulang ke rumahnya di Sentul Pasar di sini.Pasangan warga Myanmar terbabit menyerahkan kembali Yin ke pangkuan keluarganya Sabtu lalu dan mendakwa tidak mengetahui kanak-kanak itu dicari ibu bapanya dengan alasan mereka buta huruf dan tiada televisyen di rumah.Mereka ditahan polis pada Ahad lalu untuk membantu siasatan selepas keterangan yang diberi meragukan.
No comments:
Post a Comment