Alhamdulillah akhir nya Yin atau Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak 31 Mac lepas ditemui selamat di Sentul semalam.Yin dilaporkan berada dalam jagaan pasangan suami isteri warga Myanmar Rasidah Nur Islam, 27, dan Abdul Rahman Doli Rahman, 31, yang tinggal di Sentul Pasar. Mereka (Rasidah dan suami) hanya tahu bahawa Yin adalah budak yang hilang setelah melihat poster Yin sewaktu membeli belah di Sogo. Rasidah yang berada di sekitar Kompleks Membeli Belah Sogo kira-kira pukul 1 tengah hari bersama anak perempuannya yang berumur tiga tahun telah terlihat poster Yin sedang diagihkan oleh Baharudin. Tanpa menyedari maklumat yang terkandung di dalam poster, beliau membawa poster itu pulang ke rumah. Di rumah, Rasidah telah melihat kembali poster itu dan terkejut kerana gambar yang tertera di dalam poster itu adalah sama dengan kanak-kanak yang tinggal bersama nya. Rasidah yang tidak tahu membaca mengesyaki sesuatu yang tidak kena, lalu menghubungi nombor yang tertera pada poster tersebut. Baharudin yang menerima panggilan tersebut kemudiannya terus ke Sentul bagi mendapatkan Yin sebelum membawa ke rumahnya di Setiawangsa. Beliau berkata bapa Yin kemudiannya dimaklumkan tentang penemuan.
Pada hari kejadian Rasidah telah melihat seorang kanak-kanak cuba melintas dan hampir dilanggar sebuah kereta. Rasidah sempat menarik tangannya lalu memimpinnya ke tepi jalan. Rasidah kemudian mencuba untuk mendapatkan maklumat daripada Yin di mana ibu bapanya berada dan Yin hanya berkata "Besan... besan". Dia yang tidak memahami maksud kata-kata itu kemudiannya mengambil keputusan menunggu selama satu jam di tepi jalan bersama Yin dengan harapan ibu bapa Yin akan datang mencarinya. Kerana khuatir dengan keselamatannya, saya ambil keputusan membawa Yin pulang ke rumah setelah ibu bapanya tidak muncul. Sepanjang tempoh dua minggu itu, Rasidah menjaga Yin seperti anaknya sendiri malahan anak perempuannya turut menganggap Yin sebagai abang. Ketika persidangan media itu berlangsung, jelas kelihatan Yin begitu rapat dengan Rasidah sehingga memanggil Rasidah dengan panggilan "mak".
Ucapan terima kasih diucapkan kepada Rasidah dan suaminya kerana menjaga adik Yin dengan baik serta seluruh rakyat Malaysia, pihak Polis dan agensi yang terlibat termasuk jentera-jentera NGO dan Politik, yang selama ini memberi bantuan dan bertungkus lumus membantu mencari adik Yin. Walaubagaimanapun sikap segelintir rakyat Malaysia yang mengambil kesempatan, dengan menghantar SMS memaki hamun dan menyalurkan maklumat palsu adalah amat dikesali.
No comments:
Post a Comment