My Persaraan

Wednesday, June 13, 2007

CCTV PUNYA CERITA

oroYesterday ada satu article dalam TheStar yang mempamerkan di muka depan tentang kerajaan negeri Trengganu memasang kamera litar untuk memantau pergerakan kakitangannya di Bangunan Persekutuan.

Agak sceptical juga bila terbaca benda yang macam ini. Kita baru saja dimotivate oleh PakLah dengan kenaikan gaji yang lumayan bertujuan meningkatkan kadar productivity negara. Sektor awam akan dijadikan satu sektor yang bertaraf tinggi dan seperti yang dilaung-laungkan bertaraf dunia. Kerajaan mahu agar sektor awam Malaysia mampu menjadi sektor awam yang terbilang di dunia. Selain daripada menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, kerajaan amat berharap anggota sektor awam akan lebih menekankan aspek perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada perkhidmatan termasuk mengurangkan karenah birokrasi, sentiasa mesra, telus, responsif, kreatif dan sentiasa mementingkan pelanggan - itu harapan PM

Jika perkara sebegini berlaku adalah ditakuti kakitangan awam akan merasa tertekan dan tekanan yang tidak diundang ini akan terkena kepada semua peringkat perkhidmatan, sama ada sokongan atau profesional. Asalnya pemasangan cctv ini adalah untuk memantau keselamatan harta benda kerajaan, tapi jika niatnya berubah, maka kesan kepada tingkahlaku dan peradaban kakitangan ini mungkin begitu negative dan membawa implikasi yang tidak diingini.

Dalam masa yang sama, mungkin ramai yang masih teringat kes cctv di bangunan komtar. Apapun kemungkinan perkara sebegini berlaku dan memalukan orang awam serta kakitangan kerajaan sendiri tentulah bukan tujuan sebenar cctv ini dipasangkan.

Kita berharap kematangan membuat polisi tertentu diberi pertimbangan yang tinggi dan adil buat semua. Bukannya kerana segelintir maka susu sebelanga dirosakkan.

Aku pun pening nak tulis benda macam ni.

Sesudah itu, timbul pula kisah seorang landlord memasang kamera berkenaan di 3 buah bilik air rumah yang disewakan kepada 19 orang wanita muda.

Ini apa yang nak jadi tak tahulah. Siapa pasang tak penting, tapi pasang di bilik air???

Anyway, ramai yang dok tension fikir benda macamni dah ada di merata-rata tempat. Eg. di England dulu masa terrorist bom rail bawah tanah, gambar mereka yang terlibat dirakam oleh cctv yang terdapat di sepanjang jalan masuk ke laluan keretapi bawah tanah itu. Ada baiknya juga bila berada ditempat yang sepatutnya.

Di negara kita cctv dah mula rakam banyak kes-kes langgar traffic lights, pandu laju, lalu lintas dsbnya.

Orang luar negara dah lama dok rakam gambar negara kita dari satelite.

Tapi yang hebat kadang-kala kita terlupa, cctv yang tuhan pasang dikiri kanan kita.....
Ooop..... nakpi sembahyang dah Isya .........

No comments: