My Persaraan

Wednesday, September 24, 2008

Aisyah - Pulanglah

hm hm hmm

Sayang..
Di Hari Yang Mulia Ini
Ku Pohon Keampunan
Hanya Satu Yang Ku Pinta
Pulanglah..

Termenung Ku Sendiri
Memendam Rindu Tidak Menentu
Kasih Suci Murni Yang Kita Bina
Hapus Hancur Oleh Kata Fitnah

Di Pagi Hari Raya
Hati Sayu Mengenang Dirimu
Mudahnya Kau Menggantikan Diriku
Seolah Cintaku Tak Berharga

[Chrous]

Apakah Suratan
Aidilfitri Suatu Titik Akhir
Sekian Lama Bercinta
Kau Tiada Di Hari Mulia

Keampunan Ku Pohon
Sekiranya Aku Yang Berdosa
Pulanglah Ku Merindui Mu Sayang
Ku Menanti Dengan Hati Rela/jiwa raga

Pulanglah Kepangkuan Ku Oh… Sayang
Ku Menunggu Mu Di Hari Raya

Sunday, September 21, 2008

Tazkirah 1

Solat di tiga buah masjid
Hadith :
"Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari)

1. Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ke tempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.

2. Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah:
i. Masjidil Haram di Mekah
ii. Masjid Nabi di Madinah
iii Masjidil al-Aqsa di Palestin.

3. Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah:
i. Kelebihan Masjidil haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
ii. Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi s.a.w. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
iii.Kelebihan Masjid al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya Nabi s.a.w.

Tazkirah 2

Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: "Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: " Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak." (Riwayat at-Tirmizi)

Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.
ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Tazkirah 3

Ucapan yang baik dibalas dengan yang lebih baik
Hadith :
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: "Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w." (Muslim)

Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah SWT akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah SWT.

Tazkirah 4

Beberapa larangan Rasulullah s.a.w
Hadith :
Dari al-Mughirah r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:"Allah telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu, melarang membuat kikir dan mengubur anak perempuan. Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta tidak pada tempatnya." (Bukhari)

Dosa-dosa besar adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan orang-orang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa mereka. Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T, membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang sia-sia, banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di dalam Islam. Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibah-musibah yang datang menimpa tidak pernah berkesudahan. Sama ada ia boleh dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri. Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil dorongan hawa nafsu. Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa. Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang lain. Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga. Itulah antara sebab-sebab yang mengundang kecelakaan. Oleh itu sebagai hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.

Tazkirah 5

Sebaik-baik Nafkah
Hadith :
Dari Tsauban r.a, katanya, Rasulullah SAW bersabda:"Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan oleh seseorang ialah yang dinafkahkannya untuk keluarganya untuk ternakan yang dipeliharanya, untuk kepentingan membela agama Allah (fi sabilillah) dan nafkah untuk para sahabatnya yang berperang fi sabilillah." (Muslim)

Huraian
Firman Allah yang maksudnya:"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan ingatlah! Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahun-Nya."(al-Baqarah: 261).

Sememangnya harta merupakan sesuatu yang sangat diperlukan oleh manusia. Manusia memerlukan harta untuk menanggung keperluan hidupnya, bahkan ibadat-ibadat seperti haji dan zakat perlu dilakukan dengan menggunakan harta. Sedekah juga memerlukan harta. Membuat kebajikan seperti mendirikan masjid, hospital, sekolah dan lain-lain juga memerlukan harta. Oleh kerana besarnya peranan harta kepada kehidupan manusia, maka kebanyakan daripada aktiviti manusia berkisar pada soal harta atau ekonomi.Orang yang benar-benar beriman kepada Allah SWT tidak harus bersikap tamak dalam mengumpulkan harta tetapi hendaklah membelanjakannya ke jalan Allah dan yakin dengan janji Allah tentang rezekinya. Sejarah banyak menceritakan tentang sikap orang-orang beriman terhadap harta.

Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a contohnya, menyumbangkan kesemua hartanya untuk jihad fi-sabilillah, tidak ada satu dirham pun disimpannya. Apabila Rasulullah s.a.w bertanyakan kepadanya mengapakah tidak ditinggalkan sedikit untuk menguruskan keperluannya, beliau menjawab, "Cukuplah Allah dan Rasulullah bagiku." Abdul Rahman bin Auf yang terkenal dengan kekayaannya, mencari harta bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk kegunaan menyebarkan agama Allah SWT. Salman al-Farisi ketika memegang jawatan amir, tidak mengambil gajinya, sebaliknya beliau menganyam daun kurma untuk dijadikan bakul dan tikar. Hasil anyamannya dijual dan apa yang diperolehinya dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian sebagai modal pusingan, satu bahagian sebagai belanja ahli rumahnya dan satu bahagian lagi disedekahkan kepada golongan miskin. Oleh itu sesiapa yang menguruskan harta perlulah menjalankan amanah Allah SWT dan menafkahkannya atas dasar kehambaan kepada-Nya dengan sebaik mungkin.

tazkirah 6

Menghina orang lain
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Huraian
i) Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

ii) Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

tazkirah 7

Memuliakan tetamu
Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya:"Rasulullah SAW bersabda:" Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka janganlah dia menyakiti tetangganya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam." (Muslim)

Huraian:
Tetamu, secara pasti datang dengan maksud dan tujuan tertentu. Dalam konteks inilah Allah dengan tegas membuat pertimbangan yang begitu besar agar memuliakan tetamu dan meletakkan nilainya sama dengan Beriman Kepada Allah dan Hari Kemudian (kiamat). Dengan perkataan lain seseorang itu belum disebut beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, selama ia tidak memuliakan tetamunya.

Oleh itu apabila tetamu datang, bagaimana pun bentuk dan rupa tetamu itu, sama ada kaya, miskin, Islam ataupun kafir, Allah memerintahkan kita agar memuliakan mereka. Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s pernah ditegur oleh Allah SWT, kerana pada saat baginda didatangi seorang tetamu dari kaum kafir, baginda tidak sepenuh hati memuliakan tetamunya itu. Baginda merasa tidak perlu memuliakan dan menghargai tetamunya seperti baginda memuliakan dan menghargai tetamunya dari sesama pengikutnya.

‘Disebabkan ia bukan umatku yang beriman’, begitulah fikir Nabi Sulaiman. Lantas baginda hanya memberinya minum dan bercakap seadanya. Setelah tetamu itu pulang, datanglah malaikat Jibril a.s menyampaikan teguran Allah: "Wahai Nabi Allah, Allah menegurmu, mengapa engkau perlakukan tetamu seperti itu ? Jawab nabi Sulaiman:"Bukankah dia (tetamu itu) dari golongan kafir?" Jibril bertanya: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ini?" "Allah!" Jawab Nabi Sulaiman penuh yakin. "Siapakah yang menciptakan malaikat, jin dan manusia?" "Allah!" "Siapakah yang menciptakan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan?" "Allah!" "Siapakah yang menciptakan orang kafir itu?" "Allah!"

"Lalu, berhakkah engkau berlaku tidak adil terhadap ciptaan Allah? Sementara Allah adalah zat Yang Maha Adil?" Nabi Sulaiman a.s terdiam dan terus bersujud.

"Ya, Allah! Ampunilah hamba-Mu yang telah berbuat zalim ini." Kemudian malaikat Jibril menyampaikan wahyu Allah:"Wahai nabi Allah, datangilah dan pohonlah kemaafan kepada orang itu. Ampunan Allah tergantung daripada kemaafannya.".

Bergegaslah Nabi Sulaiman mencari tetamunya tadi. Setelah bertanya ke sana ke mari dan mencari-cari, ternyata, tetamunya itu sudah jauh berjalan meninggalkan kota. Nabi Sulaiman a.s dengan pantas mengejar tetamunya itu. Setelah bertemu, dan dengan nafas yang masih termengah-mengah, baginda berkata: "Saudara, tunggu...!" Tetamu tadi menoleh dan hairan melihat keadaan Nabi Sulaiman. "Kenapa?" "Saudara... sudikah engkau memaafkan perlakuan saya , ketika mana saudara menjadi tetamu di rumah saya tadi?" Orang itu diam.

Dalam hatinya, sebenarnya dia merasa wajar diperlakukan seperti itu, kerana dia memang bukan termasuk di dalam golongan pengikut Nabi Sulaiman. Dia tidak menerima ajaran Tauhid yang dibawa oleh baginda. Tetapi dia terus juga bertanya: "Kenapa, wahai Sulaiman?" "Allah menegurku, setelah engkau pulang dari kediamanku."

"Allah? Siapakah dia?" Tetamu itu bertanya. "Allah adalah Tuhan, Tuhan Kami dan Tuhan Engkau, Yang menciptakan langit dan bumi, dan semua isinya. Dia yang menciptakan malaikat, jin dan manusia. Dia Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya."

"Lalu, kenapa Dia menegurmu?" "Allah menegurku, kerana aku sudah tidak berlaku adil terhadapmu. Aku tidak memuliakanmu. Allah yang Maha Kuasa selalu bersifat adil terhadap semua hamba dan ciptaan-Nya, mengapa aku berlaku tidak adil terhadapmu?"

"Sebegitukah Tuhanmu wahai Sulaiman, memperlakukan aku, walaupun aku bukan dari golonganmu?" Tetamu itu bertanya penuh taajub ."Iya...! Maafkan sikapku tadi wahai saudara, ampunan Allah tergantung dengan kemaafanmu" Nabi Sulaiman meminta.

"Saksikanlah, wahai Sulaiman! Asyhadu alla ilaa ha illallah, Wa anta Rasulullah!" Orang itu memeluk nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman pun memeluk tetamunya itu dengan penuh rasa terharu.

Tazkirah 8

Jangan mengintip!
Hadith :
Sesiapa yang mengintip atau memandang di dalam rumah sesuatu kaum tanpa izin mereka maka sesungguhnya halallah bagi mereka mencungkil matanya." (Ahmad, Muslim, Abu Daud dan al-Baihaqi)

Huraian:
Allah mengingatkan dengan firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (al-Hujurat: 12).

Ayat ini bukan sekadar mendidik jiwa dan membersihkan hati, bahkan ia menjadi dinding yang memagari kehormatan, hak dan kebebasan seseorang manusia.

Namun seharusnya kita dapat membezakan dan memahami dengan jelas dan benar bahawa mengintip dan mencari rahsia walaupun hukum asalnya adalah haram tetapi ia dikecualikan dalam hal-hal tertentu yang diharuskan syarak. Seperti penguat kuasa yang dibenarkan untuk membuat intipan khalwat sekiranya mendapat satu maklumat daripada sumber yang dipercayai. Hal ini diharuskan kerana ia dilakukan untuk mengesahkan kes tersebut dan bagi mendapatkan bukti.

Tazkirah 9

Perempuan
Hadith:
Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka." (Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Huraian
1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

4. Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja.

Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Tazkirah 10

Enggan Masuk Syurga?
Hadith:
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: " Semua umat ku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: " Siapakah yang enggan?" Baginda bersabda : " Sesiapa yang taat kepada ku ia masuk syurga dan sesiapa yang derhaka kepada ku ia masuk neraka." (Al-Bukhari)

Huraian:
Pada hakikatnya tiada seorang pun yang waras fikirannya enggan memasuki syurga, malah yang bermati-matian mengejar dunia ini sekali pun, tidak lain ialah kerana menganggap dunia ini adalah syurga yang terlalu indah padahal syurga yang sebenar adalah syurga akhirat yang kekal abadi.

Enggan memasuki syurga bererti seseorang itu memilih untuk memasuki neraka.

Kesimpulan daripada hadis di atas ialah bahawa orang yang bakal memasuki syurga adalah orang yang taat kepada Rasulullah SAW sedangkan pengertian orang yang tidak mahu memasuki syurga adalah mereka yang derhaka kepada baginda SAW.

Tazkirah 11

Mengekalkan adab yang mulia
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "(Yarhamukallah)". Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." (Riwayat al-Bukhari)

Huraian
1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkahlaku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.

2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.

3.Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan "alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan "yarhamukallah" sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan "Yahdiinaa wayahdiikumullah".

4. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.

Tazkirah 12

Bertimbang rasa dengan orang bawahan
Hadith:
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a : " Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad SAW bersabda kepada ku :" Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat Jahiliah.

Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapapun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka." (Al-Bukhari)

Huraian:
Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya. Sikap ‘egoist’ akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua. Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan.

Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.

Tazkirah 13

Menahan marah
Hadith:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w." Berwasiatlah kepadaku, "Lalu Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah." Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: "Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah." (Riwayat Al-Bukhari)

Huraian
1. Umat Islam dituntut supaya meminta nasihat daripada orang yang alim untuk membentuk peribadinya.

2. Islam menghendaki seseorang itu berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa agar iman dan ketaqwaannya kepada Allah S.W.T semakin meningkat.

3. Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.

4. Sesuatu persoalan atau wasiat yang memerlukan jawapan daripada seseorang, janganlah diminta secara mendesak atau menunjukkan kemarahan, tetapi hendaklah menggunakan tutur kata yang baik, bersopan dan sabar.

Tazkirah 14

Punca Segala Bencana
Hadith: Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:"Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:"Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:"Kerana inilah tanganku dipotong" Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun." (Muslim)

Huraian
Lazimnya manusia mencari kekayaan dan harta benda. Malah kadangkala kerana gila mengejar harta dunia, manusia terpengaruhi oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan sehingga ada yang sanggup berbunuh-bunuhan, merompak dan memutuskan silaturrahim. Dunia dicipta untuk menguji manusia siapakah yang paling bertakwa. Sesungguhnya harta dunia tidak akan membawa membawa apa-apa erti jika ia tidak dimanfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. Hakikat harta diterangkan Rasulullah s.a.w seperti sabdanya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Seorang hamba (manusia) berkata, 'Hartaku, hartaku!' Padahal hartanya itu sesungguhnya ada 3 jenis: (1) Apa yang dimakannya lalu habis. (2) Apa yang dipakainya lalu lusuh. (3) Apa yang disedekahnya lalu tersimpan untuk akhirat. Selain yang 3 itu, semuanya akan lenyap atau ditinggalkan kepada orang lain". (Muslim)

Rahmat Allah

Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah S.W.T belaka.”

Orang yang beriman sangat yakin akan rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Oleh itu mereka tidak pernah berputus harap dari rahmat-Nya kerana kasih sayang Allah tidak bertepi. Antara syarat-syarat untuk memperolehi rahmat Allah S.W.T sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Dailami dari Ibnu 'Abbas r.a. Rasulullah bersabda yang bermaksud: " Allah S.W.T merahmati orang-orang yang dapat menjaga tutur katanya, mengenal masa (ketika dia hidup) itu dan istiqamah dalam hidupnya."

Friday, September 19, 2008

I've got a Playlist, ha ha

There's 3 songs in my playlist, namely from Sanisah Huri - I ADORE her, and I manage to get only this raya song, which is quite a sad song and that doesn't matter to me becoz, she's here for her voice..... and herself particularly.

The second song is a real favourite. The singer, a famous and well-known but as usual the well-knowns always got married to old men... ha ha ... tapi itu rezeki die kan? Anyway its not about liking the song.... it's more to it that just that....
but lets just go to the next song.

Recently added to my favourite....
The first time I heard this song, it already captured my attention and curious about it, I search the internet. After listening to more than 200 arabic song, I did come accross, this familiar tune of enta eih... and there I got it, Nancy Ajram, the person, the video clip, the lyrics, and the meaning of the lyrics. And now I have ringtones made out of it. The song now being played on cd player, at home, office and while driving.

What a life when such beautiful songs turn themselves into theraphical language..... and set you on a journey of tranquility....

But with the month of Ramadhan, its best to listen to Quran recitals and maybe read it yourself..... Its already the 20th day of fasting and looking forward to more of al mubaraks....

Enjoy while the playlist is here....

Another Mess To Clean Up

China's milk scandal: The baby who couldn't grow

SHIJIAZHUANG, CHINA–In the late afternoon light outside this city's Children's Hospital, grandmother Guo Xiuxia cradles her 10-month-old grandson in her arms and holds him close.

Lang Zitong, a beautiful bright-eyed boy who weighs just 15 pounds is one of the lucky ones. Like thousands of children caught up in China's toxic baby formula scandal, he too has been diagnosed with potentially lethal kidney stones – but doctors say he's expected to survive.

"He has stones in both kidneys," said grandfather Lang Shujing, clutching a computerized printout from an ultrasound examination. "But they say the stones are small and it's not too serious. He should be fine."

Others might not be.

China's health minister revealed yesterday that more than 6,250 infants are now carrying kidney stones after drinking Chinese baby formula laced with melamine – a chemical used in plastics and glue. Nearly 160 of those are suffering "acute kidney failure."

The minister, Chen Zhu, also announced the scandal's third death, giving few details.

Early today, authorities arrested 12 more people in connection with the scandal, said Shi Guizhong, spokesperson for the Hebei provincial police. The official said that brought the overall total detained to 18.

Police also confiscated nearly 225 kilos of melamine, the industrial chemical added to milk powder that has ignited a widening food safety crisis.

In a clear signal of high-level concern, Premier Wen Jiabao convened a cabinet meeting to discuss plans for a nationwide inspection of all milk products. Before the day was done, four more dairy companies including China's largest, Mengniu, and Olympic sponsor Yili, announced recalls bringing the number of companies issuing recalls to five.

Government tests of baby formula have confirmed 22 companies used melamine – 20 per cent of all companies in China producing formula – so further recalls may be expected.

China appears to fear the worst.

Here in this company town about 300 kilometres south of Beijing – a town that is headquarters to the Sanlu Group, a dairy firm that has publicly confessed its guilt – there was turmoil yesterday.

Sanlu offices were swamped with grim-faced parents lugging in boxes of unused Sanlu formula in search of refunds, as well as advice on what to do with their children.

Hundreds of parents packed into the company's main courtyard beneath a towering sign that read: "Manufacture Quality Dairy: Serve the People."

Across town hospital hallways were clogged with parents who had come to have their infants tested for kidney problems.

Shijiazhuang has been rocked by the scandal: the mayor and deputy mayor have been fired, as have two quality supervisors, the local head of the central government's quality inspection office – and Sanlu's chair of the board, Tian Wenhua.

Last night state news agency Xinhua said police had taken Tian into custody.

But the problems of the parents were far more acute.

Little Lang Zitong's grandparents and his mother, Yin Guichun, said they were worried sick when they heard about Sanlu's tainted baby formula. The 10-month-old had been drinking it every day.

"It's because of this milk powder that our children have suffered so much," grandfather Lang Shujing complained.

"He often cries – sometimes deep into the night."

With more brands being dragged into the scandal and recalls clearing the shelves, the family's key concern now is what do they feed him?

"We had just bought several bags of Yili formula," the boy's grandmother explained. "And now we learn Yili also has a problem.

"He's such a small baby," she said. "What kinds of food is he supposed to eat?"

A doctor's note says the infant isn't to have any formula at all – only water, and perhaps soybean drink.

Two days of tests for Zitong have cost more than 200 yuan (about $31.25), they say, a sizeable sum in China.

"He has only had Sanlu since he was born," his mother said. "I think Sanlu should pay for our medical expenses," she reasoned.

On the other side of town in front of Sanlu's headquarters, 25-year-old mother Qin Chunyan said that from the moment she learned about the contamination on the Internet, she was worried about her 6-month-old son, Zhou Qingxi.

"I was really very afraid," she said. "How couldn't I be? He had been drinking it for four months."

Nearby, Zhao Xiaopu, 27, held her sleeping 3-month-old son Li Hangda in her arms.

"It seems all the formulas have a problem now," she said. "My only hope is that the government can tell us which brand is problem free – and safe to drink. I want my baby boy to have safe baby formula."


Toronto Star

Tuesday, September 09, 2008

Grilled terubok to pamper your taste buds

Perfect grill: Trader Awang Jamari Awang Sulong selling grilled terubok fish at the Satok Ramadan Bazaar in Kuching yesterday. This delicacy is much sought after, especially during the fasting month.



A story from KUCHING: Spicy aromas and smoke from charcoal grills fill the air at the crowded Satok Ramadan bazaar here.

Near the entrance of the bazaar, several stalls offer grilled stingray, cuttlefish, chicken and “terubok” (a local fish), all cooked over charcoal fires.

Hawker Awang Jamari Awang Sulong, who has been selling “terubok” at the bazaar for years, said the fish was seasoned with turmeric and salt before being speared with bamboo sticks to be grilled.

He sells the “terubok” at RM12-RM14 each if it does not have roe while the ones with roe are priced at RM30-RM35.



Two stalls away, another hawker sells cuttlefish and stingray panfried on banana leaves.

A popular local delicacy which can be found at the bazaar is “tapai madu”, fermented rice cakes sweetened with honey and wrapped in nipah leaves.

Priced at 25sen each, it is one of the fastest-selling items in the bazaar.

Apart from tapai, all kinds of snacks and kuih can also be found at the bazaar as well as rice dishes, “bubur lambok” (porridge) and soup.

Sharon Ling, The Star 9 Spetember 2008

Awkward but it happened!

I cannot help, but feel pity for this lady and the ordeal she has to go through. A once in a lifetime story I assume it ought to be.

Hepi reading... s

From: The Star


Sunday September 7, 2008
Malaysian spends 11 months at depot for illegals
By C.S. NATHAN


SEREMBAN: Young mother M. Rajeshvari spent 11 agonising months at the Lenggeng Immigration depot for illegals – all because she could not recall her identity card number and was not fluent in Bahasa Malaysia.

The 22-year-old, who was six months pregnant then, was waiting for a relative at a coffeeshop in Brickfields, Kuala Lumpur, when a raiding police party asked to see her identification card. She could not because she had lost it. Worse, she also forgot the IC number.

With only primary school education and speaking a smattering of Bahasa Malaysia, she failed to convince the authorities she was Malaysian. They suspected her to be a Sri Lankan immigrant.


Recalling bad memories: Rajeshvari talking about her experience at the Lenggeng Immigration depot. With her is her son Logekali and Raju.
Making matters worse, she could only give the officers sketchy details of her background.

Rajeshvari, who is from Penang and was jobless when she was detained, was later produced in court and eventually sent to the depot in Lenggeng in October last year.

She was unable to seek help from relatives because of estranged family ties. Her family members also did not attempt to look for her.

She was finally released from the detention camp on Friday evening, carrying her 10-month-old son Logekali.

Rajeshvari’s lucky release happened because a staff member at a clinic where Logekali was treated for food poisoning last week had alerted Malaysian Indian Youth Council vice-president Andrew Raju.

“After my arrest, I kept telling the authorities I was Malaysian but no one believed me,” said a tearful Rajeshvari.

Raju, when met outside the depot, said the officers did not pursue her case further as Rajeshvari could not give the right IC number or her parents’ address.

“In the beginning, I also had a hard time checking her out because the information she gave turned out to be dead ends, until she recalled her primary school,” he said.

Raju then contacted the school’s principal in Kampar in Perak, who managed to trace Rajeshvari’s birth certificate number.

Raju then went to the National Registration Department in Putrajaya to get a letter confirming Rajeshvari’s citizenship.

“It has been stressful running around to the various departments. But it is worth it when both mother and son are finally free,” he said.

Rajeshvari said she wanted to put the nightmare behind and start afresh with her baby.



Safe and sound: Rajeshvari, 22, holding her son Logekali after she was released from the Lenggeng Immigration depot on Friday.

Tuesday September 9, 2008
Family wants Rajeshvari home
By C.S. NATHAN


SEREMBAN: M. Rajeshvari, who was freed last Friday after being wrongfully detained in an immigration depot for 11 months, caused a scare when her family could not locate her over the weekend.

However, Malaysian Indian Youth Council vice-president Andrew Raju, who helped free Rajeshvari, finally got hold of her yesterday.

Rajeshvari, he said, told him she was staying with friends but stressed that she was not ready to meet anyone, even her family.

Her family members have been looking for the 22-year-old after her story appeared in Sunday Star.

Her father, who only wanted to be identified as Murugiah, had been worried about her whereabouts.

When contacted in Kampar yesterday, Murugiah, a driver for Perak Unity and National Integration and Consumer Affairs Committee chairman and Keranji assemblyman Chen Fook Chye, said: “I just want to find my daughter. She has been missing for so long.”

His wife Parameswari, 47, and daughter Vigneswari, 26, are in Kuala Lumpur to look for Rajeshvari.

Sunday Star reported that Rajeshvari spent 11 months at the Lenggeng immigration depot for illegals because she could not remember her identity card number when police raided a coffee shop in Kuala Lumpur last October.

Rajeshvari, who was also not fluent in Bahasa Malaysia, was detained on suspicion of being a Sri Lankan illegal.

She was six months’ pregnant at the time and gave birth to a boy while in detention.

Earlier, Vigneswari said her sister left home two years ago and the family believed that she had been living in Sungei Besi.

She said her sister stopped schooling at 13 while in the Remove Class.

“We heard she got married in Kuala Lumpur but we were shocked to read her story.”

This Ahmad......

The debate is getting hotter by the day. I never thought that the issue of Ahmad Ismail will go beyond the Permatang Pauh by-election, much the same with the swearing of that saifool. But as always, its typical of Malaysian to live their lives with issues. If one issues dies down, another will crop up. In a way this particular Ahmad has made a name for himself. By calling others of making alegation at him, the war with the chinese community has gone to the level of breaking up the coalition. Wonder whose side is he on to. Looking at the advantage its going to give his enemy the grand harvest, while he and the party his with is going to lose everything.

Wonder why he talks about Tsu Koon's taichi and the malays are good at silat. He must be stupid to utter such words. All this episode happen with the whole state UmNo behind him. A big question mark is developing now since the PM himself is from Penang UmNo. A sabo to Pak Lah???


Read this..
Get out of BN, Bukit Bendera Umno head tells Gerakan
Penang Gerakan cuts ties with state Umno

Wednesday, September 03, 2008

One More .........

The first time I was informed that he was admitted at the hospital in Seberang Jaya, I feel so tensed sensing that something must be terribly wrong. It was 3.30 in the morning and Akmal knock on my door to informed me that his mum called and said Pak Ngah has been warded. After phoning my wife, I learned that his daughter contact her and through sobbing voice conveying the inconvenience news.

Sleep than takes the last priority at that time. I was lucky when Akmal wanted to follow me to the hospital.

There he was on the hospital ICU bed, with a big tube which goes into his throat plus other wires and tubes on his body. The sight of him heavily breathing through the help of a breathing machine with the beeping sound from several monitors around his bed doesn’t seem good to me.

The best that I could do then was just to stare at him, hold his hand, or some rubbing of his feet. The prayer said then was more of hopeful thought that the Almighty give him some more time so that he could marry his daughter who was already engaged in a few months time.

The prayers seems to be answered when on the fourth day, I was happy to see him sitting up and taking in some food, while 3 days ago, there was just some movement of hands and feet only, and they feed him through a tube down his throat.

A week after that he was discharged from the hospital and seems to be in good health. But that lasted only for four days. They don’t wait so long to get him to the hospital and this time they found the problem, and it was his kidney which has not been fuctioning well. The doctors performed dialysis on him, and have both side of his chest poked through to extract excess water in the lung, which was causing him breathing difficulties. When all these were done, he looks better and more energetic.

This time he lasted more than a week at home. It was enough a time to receive a delegation from his would be son in law, which came to discuss the wedding and the solemnization date. He look cheerful that day, and everyone inclucing me did not give a single hitch that he won’t be around to perform his part as a wali when the day comes.

Though precautions were taken including taking the pills and treatment of dialysis three times a week, he seem to be puffing out of breath again. His body is getting weak and at the same time he doesn’t seem to have the energy to walk a mere two to three meters. I became worried to know that the doctor told him his heart his okay, his lungs are clear, and they don’t know what is really wrong with him.

Since then he has been going in and out of the hospital several times. Some of the hospital admission was informed to others, while some was not. His family thought that it would be a disturbance to inform other family members since it seems quite casual of him to be warded these days.


19th August 2008

Although he was weak he did came over to see the preparations for Hilmi’s akad-nikah the night before the marriage solemnization. That was the last I saw of him.

28th August 2008

The last I heard of him was when my brother, Ali, phone me to inform me that he just got the message that he was again admitted to hospital after dialysis treatment at Perda. The staff of the dialysis centre sent him by ambulance to Bukit Mertajam Hospital. It was already nightime and quite late for a visit. Thinking that he might survive as usual, I let off my thinking to other areas of interest in my daily life, planning to see him tomorrow.

29th August 2008

After Friday prayers the news came. Hilmi answered the call, and breathlessly inform us that Pak Ngah has just passed away. An awkward feeling engulfed me. Its neither depressed nor helplessness, a vacuum hollow empty feeling like.

It has happened again today. . . . . .

I’ve just lost two brothers in a row?



Al-Fatihah to Md Zain bin Md Ibrahim. A good brother who has sacrifice a lot to see that the family go through a better life during my younger days. May Allah blessed him and place his soul among the Solihins, the Ambiyas and the faithfuls. Amin.